
info at primebiz.com.my
Hot Line: +60 3-9548 0118


Offline (Bersemuka)
-
Dijalankan di pusat latihan kami atau secara in-house di tempat kerja anda jika berkumpulan.
-
Akses mudah ke tempat latihan kami, tempat letak kereta percuma, juga berhadapan terus dengan stesen MRT Bandar Putra Permai.
-
Bilik latihan yang sangat selesa dan lengkap dengan kemudahan yang penting.
-
Dapat bersemuka dan berinteraksi secara langsung dengan penceramah.
TEMPOH
ONLINE: 3-4 jam
OFFLINE: 3 jam atau 7 jam
YURAN KURSUS
RM 50 untuk kursus 3 jam
RM 80 untuk kursus 7 jam
SIJIL KEHADIRAN
Diberikan untuk setiap peserta, diiktiraf oleh PBT, KKM dan auditor Halal/MeSTI,GMP, HACCP, ISO22000. Sah seumur hidup.
BAHASA
B. Melayu/B. Inggeris.
Untuk juru alih bahasa kepada bahasa pekerja asing, bayaran tambahan dikenakan. Nota pelbagai bahasa disediakan.
PENCERAMAH
Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan berpengalaman luas sejak tahun 2006. Suasana kelas yang menyeronokkan.

Siapa Harus Hadir?
Sesiapa yang secara langsung menyentuh/mengendalikan makanan, atau peralatan yang menyentuh makanan, atau makanan yang telah dibungkus seperti di:
Kilang makanan
Restoran, warung, medan selera, kiosk
Premis bergerak seperti Food Truck
Pusat asuhan kanak-kanak
Kantin, kafeteria seperti di institusi pendidikan, asrama dan kilang.
Pusat jagaan orang tua atau kurang upaya
Penghantar makanan atau pengangkutan makanan
Kedai runcit, pasaraya dan lain-lain yang menjual makanan
Kandungan Kursus
Menarik dan sangat berinformatif. Topik-topik yang terkandung adalah seperti berikut:
Pengenalan: Kepentingan menjaga kebersihan, makanan bersih, makanan selamat.
Sistem pensijilan Halal, BeSS, MeSTI, GMP, HACCP, ISO22000.
Kebersihan diri (Pengendali Makanan), Pakaian, Peralatan dan Premis.
Kawalan sisa buangan dan makhluk perosak.
Pencemaran Makanan
Keselamatan makanan, penyakit bawaan makanan.
Perundangan & Penguatkuasaan. Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peratuhan Kebersihan Makanan 2009.









-
Adakah ini sebuah kursus wajib?Ya. Ini adalah sebuah kursus wajib untuk semua Pengendali Makanan. Mengikut Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua Pengendali Makanan wajib hadir kursus ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
-
Siapa dikategorikan sebagai Pengendali Makanan?Sesiapa yang menyentuh atau mengendalikan makanan, atau perkakasan makanan, atau mengendalikan makanan yang dibungkus. Maka skop Pengendali Makanan menjadi luas sehinggakan sesiapa yang bekerja dalam bahagian pembungkusan, penyimpanan (stor), pengangkutan makanan (seperti pemandu lori/forklift) dan pekerja pasaraya yang menjual makanan juga wajib hadir kursus ini.
-
Bagaimana cara daftar kursus?Sangat mudah dan ringkas. Pilih mana satu yang anda selesa: 1) Tekan butang 'WhatsApp'. Tanya tarikh kursus. Segala arahan akan diberikan. 2) Tekan butang 'Daftar Sekarang'. Pilih tarikh, buat pembayaran. Done!
-
Adakah kursus online sahaja yang ada?Kursus secara bersemuka akan dibuka bermula November 2021. Peserta perlulah lengkap divaksin dan mematuhi SOP yang ditetapkan untuk pastikan keselamatan semua peserta dan penceramah terjamin. Kami juga akan membuat operasi sanitasi setiap kali tamat kursus.
-
Ada caj atau bayaran tambahan tak?Yuran kursus adalah RM50. Sijil dan nota softcopy adalah percuma. Bayaran tambahan adalah cuma untuk pengeposan sijil secara kurier dan laminate sijil jika anda mahu.
-
Sijil kursus ini sah berapa tahun?Sah seumur hidup. Cuma untuk warga asing, jika anda menukar passport, nombor passport yang berubah menyebabkan sijil lama tidak sah.
-
Adakah sijil yang saya terima sah dan diiktiraf?Dijamin sah dan sepatutnya diterima oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan. Jaminan pulangan wang 100% yuran pensijilan jika tidak diterima oleh pihak berkuasa sebagai bukti kehadiran Kursus Latihan Pengendali Makanan.
-
Bagaimana untuk ke tempat latihan anda?Kenderaan sendiri: Tempat parkir berbayar. Percuma jam pertama dan RM1 setiap jam berikutnya. MRT: Paling mudah. Kerana tempat latihan kami hanya 10 meter dari stesen MRT Putra Permai.