top of page

Panduan Kursus Online

Untuk yang telah membuat bayaran sahaja

Terima kasih kerana berminat menghadiri Kursus Pengendalian Makanan secara online (atas talian) dengan Prime Business Solutions Sdn Bhd (Primebiz).
Sebelum menghadiri kursus, kami perlukan kerjasama anda untuk membaca dengan teliti, memahami dan bersetuju dengan tatacara kursus online. Hampir kesemua arahan di bawah adalah kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia.

1. Sila download nota di bawah mengikut nama penceramah sesi anda:

En. Mahfiz

2. Anda boleh isi borang pendaftaran sebagai persediaan kursus seawal 12 jam sebelum waktu kursus bermula sebagai 'Check In'.

Keyboard and Mouse

Persediaan Sebelum Kursus

  • Peranti (Device) yang terbaik adalah komputer dengan kamera atau laptop. Jika tiada, boleh gunakan telefon bimbit.

  • Kursus online akan dijalankan melalui aplikasi ZOOM. Anda boleh install atau guna melalui web browser. Dicadangkan untuk anda install ZOOM berbanding menggunakan browser untuk proses pembelajaran yang lebih lancar.

  • Pastikan speaker, microphone dan camera berfungsi dengan baik.

  • Pastikan internet adalah stabil.

  • Setiap peserta perlu menggunakan device sendiri, tidak boleh berkongsi. Jika ada masalah, hubungi kami lebih awal.

  • Pakai pakaian yang sopan dan sesuai kerana anda perlu on camera. Pakai pelitup muka jika ada orang lain bersama dengan anda semasa kelas berjalan. Untuk makluman anda, kami perlu merakam dan menghantar video kepada KKM untuk setiap sesi.

Filling Out a Form

Sepanjang 
Kursus

  • Diminta semua peserta hadir selewatnya 15 minit sebelum kelas bermula.

  • Diminta semua peserta menggunakan nama penuh bagi memudahkan proses pengenalan.

  • Peserta tidak dibenarkan berkongsi pautan (link) dan kata laluan kursus kepada pihak lain. 

  • Peserta tidak dibenarkan membuat rakaman dan/atau berkongsi rakaman tersebut dengan pihak lain.

  • Pastikan kamera peserta dalam keadaan on sepanjang kursus berlangsung.

  • Pastikan mikrofon peserta dalam keadaan mute dan hanya unmute apabila hendak bercakap.

  • Pastikan semua sound notification peserta ditutup (contoh whatsapp, SMS dan sebagainya) dan pastikan peserta tidak berada ditempat yang bising kerana akan menjejaskan pembelajaran.

  • Pastikan peserta mempunyai data atau internet yang stabil sepanjang kursus berlangsung.

  • Pastikan peserta sentiasa focus sepanjang kursus berlangsung.

  • Jika ada peserta yang tidak menjawab soalan atau tiada respon setelah ditanya beberapa kali, dia dianggap tidak menyertai kursus.

  • Pihak penganjur/penceramah berhak untuk menendang keluar peserta jika berkelakuan tidak sopan atau mengganggu peserta lain di dalam kursus tanpa memulangkan semula yuran kursus.

  • Sijil tidak akan diberikan sekiranya peserta tidak menghabiskan semua modul termasuk ujian PRA, POS dan kuiz yang ditetapkan oleh pihak KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

Setelah Tamat Kursus

  • Sijil kursus softcopy akan diberikan melalui WhatsApp atau email dalam tempoh maksimum 3 hari berkerja.

  • Sijil hardcopy akan dipos dalam maksimum 7 hari bekerja atau boleh diambil sendiri di pejabat kami selepas 3 hari bekerja malaui temujanji.

Terima kasih atas kerjasama anda!

bottom of page